
Thursday, November 12, 2009
Tuesday, September 29, 2009
Aktiviti syarikat

Semenjak tahun 2000, syarikat mula menceburi bidang penternakan sehingga kini. Beroperasi di Ladang seluas 30 ekar di Taman Agrotek dan di Kampung Belia Satu, Sg. Panjang. Menternak ikan keli, puyu, sepat, tilapia, haruan dan beberapa jenis ikan air tawar lain. Hari ini syarikat juga menjalankan perniagaan membekalkan benih ikan air tawar melalui Pusat Pembenihan dan R&D di Kampung Belia Satu, Sg. Panjang. Syarikat mampu menghasilkan pelbagai jenis benih ikan seperti keli, puyu, sepat, haruan dan tilapia sehingga kuantiti 500,000 ekor sebulan. Kualiti ikan dan benih keluaran syarikat adalah dijamin berdasarkan pengalaman hampir sepuluh tahun dalam bidang ini. Benih dihasilkan juga dari induk2 yang terpilih, sihat dan berkualiti. Pemakanan ikan yang diternak syarikat juga dijamin berkualiti, bersih dan halal, iaitu campuran pellet dan sisa ikan keli yang diproses bersama dedak beras atau soya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami pengusaha dan konsultan projek ikan air tawar bergerak seiring wawasan negara menjadikan'Pertanian Suatu Perniagaan'. Kami juga berhasrat menjadi pelopor dan penggerak usahawan agro di kalangan bumiputera yang bergerak seiring dengan pembangunan bangsa dan negara. Kami menyeru rakan2 petani dan penternak untuk bersama2 membangunkan pertanian sebagai suatu perniagaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)